Di bawah khidmat diraja Alfonso VI El Cid

Sancho II mati ditikam seorang bangsawan penyokong Urraca de Zamora - adinda Alfonso VI yang menguasai León - tidak lama selepas Pertempuran Golpejera; kuasa-kuasa Castilla dipimpin Sancho, Galicia pimpinan García III dan León pimpinan Alfonso VI saling merebut peluang meluaskan pengaruh mereka di tanah Sepanyol yang turut mendorong peperangan ini. Motif pembunuhan ini dipandang berspekulatif di mana ada pihak yang menyatakan pembunuhan tersebut hasil suatu kesepakatan antara Alfonso dengan Urraca, namun ia sukar dibuktikan sejarawan memandangkan Alfonso dalam buangan pada ketika itu.[11]

Hubungan Alfonso dengan Rodrigo pada ketika ini amat baik,[12] namun Alfonso ada mempunyai rasa tergugat terhadap kedudukan Rodrigo - kurniaan armiger regis Rodrigo dicabut oleh Alfonso dan diberikan kepada pesaing beliau, García Ordóñez. Beberapa saat kemudian dalam tahun yang sama, adik Alfonso, Garcia, kembali ke Galicia dengan berpura-pura akan mengadakan konferensi.